Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kuah Zinedine Zidane tumpah ke nasi

Dec 01, 2016 | 07:58 AM



MADRID: Anak legenda Perancis dan Real Madrid yang kini jurulatih pasukan itu, Zinedine Zidane - Enzo - menjaringkan gol dalam penampilan sulung bagi pasukan senior Real apabila juara Eropah itu mengalahkan pasukan peringkat ketiga Cultural Leonesa 6-1 untuk mara ke suku akhir Copa del Rey (Piala Raja) Sepanyol dengan agregat 13-2 pada Rabu (30 Nov).



Anak sulung daripada empat anak Zidane itu, yang semuanya bermain pada peringkat berbeza dalam pasukan remaja Real, Castilla, dimasukkan oleh bapanya pada separuh masa kedua.



Pemain berusia 21 tahun itu, yang sebelum ini dilatih oleh Zinedine dalam pasukan Castilla sebelum menyertai skuad senior di Santiago Bernabeu pada Januari, menunjukkan kelibat bakat ayahnya dengan tendangan rendah dari tepi kawasan gol selepas sejam perlawanan.



"Jika saya angkat topi saya sebagai jurulatih, maka saya gembira untuk dia sebagai seorang ayah (juga)," kata Zidane.



"Tetapi, dalam mengatakan ini, saya lihat apa yang dia lakukan di padang sebagai jurulatih dan saya gembira dengan cara mereka semua bermain."



Enzo membuktikan tiada pilih kasih apabila beliau dimasukkan oleh ayahnya dengan menunjukkan persembahan baik dan tendangan cantik dari kaki kanan untuk menjaringkan gol.



Bintang muda Norwegian, Martin Odegaard, 17 tahun, juga dimasukkan Zidane buat kali pertama dalam perlawanan di Stadium Santiago Bernabeu itu.



Sementara itu, Sevilla dan Villarreal juga mencapai langkah besar ke suku akhir dengan kemenangan menyakinkan dalam perlawanan pertama masing-masing.



Joaquin Correa menjaringkan hatrik dalam kemenangan 5-1 Sevilla di Formentera, manakala Villarreal mara dengan kemenangan 3-0 di Toledo. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >