Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kuasa beli pemain EPL tidak adil: Pemerhati

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) terlalu kaya dan mempunyai kuasa untuk membeli pemain yang kurang adil, kata wartawan bola sepak mapan dari Perancis, Julien Laurens.



Kelab-kelab EPL membelanjakan £815 juta ($1.3 bilion) semasa tempoh pemindahan Januari.



Jumlah itu sekitar empat kali ganda perbelanjaan keseluruhan £198 juta yang dikeluarkan oleh kelab-kelab liga utama di Sepanyol, Italy, Jerman dan Perancis.



"Buat masa ini, satu-satu liga yang mana anda mampu membeli mana-mana pemain ialah Liga Perdana," kata Laurens.



Bercakap dalam podcast BBC Radio 5 Live, Euro Leagues, pakar bola sepak Perancis itu menambah: "Bournemouth mempunyai keupayaan membelanjakan £60 juta atau £70 juta dalam satu tempoh pemindahan pada Januari. Liga lain tidak seharusnya menjadi pertandingan 'feeder' atau sekadar untuk memupuk bakat baru bagi EPL.



"Individu yang mengendalikan kelab Perancis, mereka bergantung pada kelab Inggeris untuk membelanjakan £20 juta atau £30 juta untuk mendapatkan tandatangan salah seorang pemain mereka. Sekiranya anda pemain muda yang beraksi tidak terlalu teruk dalam Ligue 1, seseorang daripada England boleh kata 'dia mungkin bagus, ini £40 juta'.



"EPL hampir membiayai bola sepak Eropah.



"Sekiranya kelab di England hanya membelanjakan wang membeli pemain dalam EPL, banyak kelab (Perancis) akan fikir, 'oh, tidak, kami memerlukan wang itu'.



"Fifa dan Uefa harus menelitinya. Saya tidak tahu sama ada anda boleh mengehadkan perbelanjaan kepada £100 juta atau £150 juta (setiap kelab), saya tidak tahu sama ada ia boleh dilakukan."



Rekod bayaran yang dikeluarkan untuk membeli pemain di Britain dipecahkan oleh Chelsea pada bulan lalu apabila ia membeli pemain midfield Argentina Enzo Fernandez dari Benfica dengan harga £107 juta.



The Blues sahaja membelanjakan kira-kira £288 juta pada Januari.



"Sungguh luar biasa negara yang paling banyak membantah Liga Super ialah Liga Super," tambah James Horncastle, seorang pakar bola sepak Jerman.



"Anda tidak boleh mengkritik EPL kerana menjadi liga yang secara komersial terbaik di dunia. Tetapi ia menyedihkan saya bahawa Eropah baru sahaja menjadi liga pembangunan untuk pasukan Liga Perdana."



Horncastle merasakan kelab Liga Perdana akan berdepan masalah untuk menyingkirkan pemain mereka yang tidak diingini, kerana tiada orang lain yang akan dapat mampu membayar yuran pemindahan atau menampung gaji mereka.



Beliau menambah: "Kelab Liga Perdana jauh lebih kaya berbanding yang lain. Mereka mendapatkan tandatangan pemain ini untuk jumlah tinggi, memberi mereka gaji 'munasabah' untuk Chelsea, tetapi gaji ini sangat, sangat mahal berbanding untuk kelab Eropah, jadi ia sukar untuk mereka dijual atau dipinjamkan ke Eropah.



"Apabila Manchester City menjual Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko, mereka menjual mereka kepada Arsenal. Raheem Sterling, mereka menjual kepada Chelsea.



"Kelab Eropah tidak mampu membeli pemain ini dalam Liga Perdana, bahkan mereka yang duduk di bangku simpanan. Apa yang mereka peroleh terlalu mahal untuk pasukan Jerman."



Angka daripada syarikat perkhidmatan kewangan, Deloitte berkata perbelanjaan oleh kelab liga utama England menyumbang 79 peratus daripada jumlah keseluruhan liga bola sepak 'lima teratas' Eropah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >