La Liga: 4 pasukan teratas automatik ke Liga Juara-Juara
Apr 18, 2020 | 05:30 AM
MADRID: Sekiranya kempen musim ini terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mencadangkan kedudukan semasa La Liga digunakan bagi menentukan pasukan yang layak beraksi dalam saingan Eropah.
La Liga dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) bagaimanapun tidak memberi lampu hijau terhadap cadangan itu dengan kedua-dua badan induk berkenaan menegaskan mereka masih mencari jalan untuk memastikan saingan domestik ditamatkan.