KURANG 100 hari sebelum bola disepak dalam pusingan akhir Piala Dunia Rio Jun ini, tuan rumah Brazil masih bergelut dengan isu stadium yang belum siap, masalah prasarana dan ancaman perusuh.
Mendahului senarai isu yang membelenggu negara 'gila bola' itu adalah stadium yang belum lengkap dan dikhuatiri gagal siap sebelum Piala Dunia yang berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai itu bermula.