Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL

Lagi perlawanan ditangguh akibat pandemik

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Perlawanan antara Liverpool dengan Leeds, serta Wolves dan Watford, yang dijadualkan esok menjadi perlawanan Liga Perdana England (EPL) terkini untuk ditangguhkan akibat pandemik koronavirus.



Sebanyak 12 perlawanan kini telah dibatalkan dalam tempoh dua minggu selepas Britain bergelut dengan rekod bilangan kes positif Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron.



Permintaan Everton agar perlawanan menentang Burnley untuk ditangguhkan telah ditolak walaupun terkial-kial untuk menurunkan 11 pemain atas sebab kecederaan atau jangkitan Covid.



Awal minggu ini, kelab-kelab EPL menolak pilihan untuk menghentikan sementara musim itu bagi membenarkan pemutus litar bagi mengehadkan jangkitan.



Bagaimanapun, jadual tradisi perlawanan sempena Boxing Day telah pun diganggu dan lebih banyak lagi bakal ditangguhkan dalam beberapa hari akan datang di mana ujian harian dikenakan ke atas kelab-kelab.



"Berikutan permintaan penangguhan dari Leeds United dan Watford akibat Covid-19, Lembaga Pengarah Liga Perdana bermesyuarat dan dengan dukacitanya bersetuju untuk menangguhkan perlawanan Boxing Day kedua-dua kelab yang terjejas," kata EPL dalam satu kenyataan.



Leeds melaporkan lima kes positif dalam kalangan pemain dan kakitangan mereka. Tambahan dengan senarai kecederaan yang panjang, mereka tidak dapat menghantar pasukan di mana perlu ada 13 pemain dan seorang penjaga gawang dari 25 pemain yang telah didaftarkan.



Dua perlawanan Watford sebelum ini - menentang Burnley dan Crystal Palace - juga telah ditangguhkan.



Liga itu berkata ia menjangkakan bahawa perlawanan kelab itu dengan West Ham pada 28 Disember akan diteruskan selepas beberapa pemain Watford menamatkan tempoh pengasingan.



EPL mendedahkan minggu ini bahawa hanya 84 peratus pemain telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >