Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Lagi sekali Ronaldo selamatkan Man U

Apr 30, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menyelamatkan Manchester United dari ambang kekalahan, selepas beliau menjaringkan gol ke-17 musim ini dan membantu pasukannya seri 1-1 dengan Chelsea.



Kehadirannya semula di Old Trafford telah dipersoal di awal musim, tetapi pada usia 37 tahun, Ronaldo terus menjawab pengkritik dengan persembahan cemerlang di padang.



Jumlah gol yang dijaringkannya kini meletakkan beliau di puncak ranking penjaring gol terbanyak dalam liga musim ini.



Namun, dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) yang dikuasai Chelsea ini, penjaga gawang David de Gea juga wira United selepas menyelamatkan beberapa peluang gol pasti untuk mengecewakan Chelsea.



Anak didik Thomas Tuchel tidak membenarkan United keluar dari separuh padang sendiri pada separuh masa pertama, tetapi gagal menembusi gawang De Gea, yang menyelamatkan percubaan Kai Havertz dan N'Golo Kante.



Namun, Chelsea akhirnya berjaya memecah kebuntuan dalam separuh masa kedua menerusi Marcos Alonso yang menemui sasaran dari sudut yang sukar.



Malang bagi Chelsea, keceriaan mereka tidak berkekalan kerana Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan dalam masa selang seminit.



Beliau tidak mensesiakan umpanan cantik dari Nemanja Matic dan menyumbat bola ke penjuru gawang.



Malah, Ronaldo boleh menjamin semua tiga mata bagi pasukannya, tetapi rembatannya di penghujung perlawanan berjaya diselamatkan Edouard Mendy.



Perlawanan akhirnya berkesudahan 1-1, dengan Chelsea kian hampir ke matlamat menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Chelsea kini berada di tangga ketiga, lapan mata di atas Tottenham Hotspur di tangga kelima, dengan musim berbaki lima perlawanan.



United pula menduduki tangga keenam, lima mata di belakang Arsenal di tangga keempat, walaupun ia telah beraksi lebih dua perlawanan.



Pengurus sementara United Ralf Rangnick telah menggesa anak didiknya supaya bangkit selepas tewas 1-3 kepada Arsenal minggu lalu.



Namun cara United memulakan perlawanan mengecewakannya.



"Kami bak tidak bermaya dan membenarkan lawan menguasai permainan.



"Mujurlah kami berjaya bangkit dalam separuh masa kedua... tapi jangan salah sangka, masih banyak lagi yang perlu kami usahakan di padang latihan," kata Rangnick.



Dalam pada itu, beberapa media di Britain kini melaporkan Rangnick sedang menimbangkan tawaran untuk menjadi jurulatih pasukan nasional Austria.



Namun, adalah difahami, jika beliau menerima tawaran itu, kedudukannya di United tidak akan terjejas.



Beliau akan mengundur diri sebagai pengurus United di akhir musim dan memulakan tugas sebagai konsultan di Old Trafford.



Kontraknya dengan United membenarkan beliau mendukung peranan lain di luar kelab itu, asalkan beliau memberi khidmat sebagai konsultan bagi tempoh enam hari sebulan, selama dua tahun. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >