Wanita 'power' ...

Lahirnya generasi baru srikandi tenis

Kejayaan mengejut Jelena Ostapenko muncul juara di Terbuka Perancis mungkin saksikan lebih ramai pemain muda mula tunjuk belang

LONDON: Kedudukan srikandi Amerika Syarikat, Serena Williams, sebagai wajah yang melambangkan tenis wanita dunia bagi sebahagian besar tempoh dua dekad lalu mungkin sukar diragukan.

Namun, laluan cemerlang pemain muda Latvia, Jelena Ostapenko, di Terbuka Perancis yang memuncak dengan kejayaannya menjulang mahkota perseorangan wanita Grand Slam itu minggu lalu hampir pasti menandakan kemunculan bintang-bintang baru generasi seterusnya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan