PANDANGAN
Laluan Perancis masih penuh berliku
Sukar ramalkan adakah pasukan tuan rumah berupaya terus mara dan julang mahkota
Jun 17, 2016 | 05:30 AM
DUA perlawanan, dua kemenangan.
Didorong sorakan penyokong sendiri di samping momentum positif yang menyebelahi pada babak awal, mungkinkah negara hos Euro 2016 ini, Perancis, dapat terus tunjuk taring dan mengorak langkah sehingga ke final dan menjulang mahkota terbesar bola sepak Eropah ini?