Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Laluan sukar Liverpool bermula di Milan, Chelsea berpeluang baik

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool berentap dengan AC Milan sekali lagi dalam satu pertandingan Eropah dini hari esok, kali ini pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.



Kededua juara berulang pertandingan unggul itu akan membuka tirai pertandingan musim ini dalam Kumpulan B.



Atletico Madrid, juara La Liga Sepanyol musim lalu, dan naib juara Liga Portugis, Porto, pemenang dua kali Liga Juara-Juara, menyertai Liverpool dan Milan, yang bersama memenangi pertandingan itu 13 kali, dalam 'kumpulan maut' itu.



Mengikut data yang dikumpulkan oleh Nielsen Gracenote, penyertaan Liverpool dalam Kumpulan B mengurangkan peluangnya memenangi kejuaraan ini kepada 75 peratus, paling rendah dalam kalangan kelab lain Liga Perdana England (EPL).



Selain Liverpool, Chelsea, Manchester City dan Manchester United adalah wakil dari England musim ini.



Chelsea, juara musim lalu, mempunyai 92 peratus peluang mengekalkan mahkotanya, dengan pasukan itu telah diperkukuh oleh kehadiran pemain baru seperti penyerang Romelu Lukaku daripada Inter Milan, yang menjaringkan 13 gol dalam 27 perlawanan Liga Juara-Juara, dan Saul Niguez, yang mewakili Atletico semasa ia menjadi naib juara pertandingan ini pada 2016.



Peluang Chelsea - yang akan bertarung bersama Zenit St Petersburg, Malmo dan Juventus dalam Kumpulan H - memenangi pertandingan ini adalah yang kedua terbaik di bawah Real Madrid.



Mengekori Chelsea ialah City, yang diberi 89 peratus peluang memenangi pertandingan ini, meskipun berada dalam Kumpulan A yang turut dianggotai pasukan handal seperti Paris Saint-Germain, RB Leipzig dan Bruges.



Satu lagi wakil England yang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini ialah Manchester United, yang membuka tirai perlawanannya dengan menentang Young Boys pagi tadi.



United, yang dianggap mempunyai laluan paling mudah untuk ke peringkat kalah mati, berada dalam Kumpulan F, bersama Young Boys, Villareal dan Atalanta.



Villareal menewaskan United dalam final Liga Europa musim lalu, tetapi United musim ini mempunyai barisan serangan yang dipertajam dengan kehadiran Cristiano Ronaldo - pemegang rekod sebagai penjaring gol paling banyak dalam kejuaraan ini, dengan 135 jaringan, dan perintis gol paling banyak, iaitu 42 gol.



Beliau juga telah memenangi mahkota Juara-Juara lima kali, termasuk pada 2008 semasa menyarung jersi United buat kali pertama. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >