Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Laluan sukar, namun anak buah Fandi mampu buat kejutan

Oct 17, 2019 | 05:30 AM



MESKIPUN Singa Muda terhimpit dalam Kumpulan B yang merangkumi pasukan-pasukan gagah bagi Sukan SEA pada Disember ini, namun beberapa bekas pemain bola sepak nasional meluahkan keyakinan pasukan negara mampu mencapai kejayaan di temasya sukan dwitahunan itu di Filipina tahun ini.



Anak didik ketua jurulatih pasukan nasional Bawah 22 Tahun, Fandi Ahmad, ditempatkan dalam kumpulan mencabar bersama Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos dan Brunei.



Bekas pemain skuad nasional Sukan SEA 1999 di Brunei, Noor Ali, yakin bakat Singa Muda seperti Irfan Fandi, Hami Syahin, Jacob Mahler dan Ikhsan Fandi boleh menjadi pemain tunggak negara dan memberi saingan kepada pasukan lain.



"Saya percaya kita ada peluang untuk melayakkan diri (ke pusingan separuh akhir) melihat pemain dan kakitangan jurulatih yang kita ada dalam pasukan ini.



"Tidak dinafikan, Thailand dan Vietnam adalah pasukan pilihan tetapi pasukan kita juga boleh bersaing dengan mereka.



"Irfan mengetuai bahagian pertahanan, Hami dan Jacob di tengah padang dan Ikhsan memberi ancaman serangan... kita mempunyai tulang belakang yang kukuh dalam pasukan ini," ujar jurulatih Geylang International itu.



"Kita harus kuat secara mental dan percaya yang kita boleh mengalahkan mana-mana pasukan dalam kejohanan."



Noor Ali sempat mengongsi detik manis semasa beraksi di Sukan SEA apabila Singapura membenam Malaysia 2-1 dalam edisi 1999 di mana beliau menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan itu.



Ia sekali gus membawa Singapura ke pusingan separuh akhir untuk menentang Thailand.



"Kita sering rasa takut menentang pasukan hebat seperti Thailand dan ini bermakna 50 peratus pertempuran kita sudah kalah.



"Ini masalah terbesar kita. Kita harus ubah pemikiran ini dan percaya kita boleh bersaing dengan pasukan hebat.



"Setiap mata dalam kejohanan ini penting dan terus berjuang sehingga di wisel penamat untuk bendera (negara) yang anda pakai di jersi anda," kata Noor Ali.



Seorang lagi yang mempunyai kepercayaan terhadap pasukan Singa adalah mantan kapten pasukan nasional, Razali Saad, yang telah membuat 53 penampilan untuk negara dan mewakili Singapura di Sukan SEA sebanyak tiga kali.



Beliau yang turut akur Singa Muda bakal dicabar di Sukan SEA akan datang ini, berkata:



"Dalam beberapa tahun ini, jika lihat pembangunan bola sepak di rantau ini, mana-mana pasukan di Asia Tenggara boleh menjadi pasukan hebat.



"Mana-mana pasukan berpotensi mampu berjaya jika mereka mempunyai persiapan yang betul dan lengkap.



"Kita tidak boleh memandang rendah setiap pasukan, dan pemain (Singa Muda) harus memiliki kepercayaan diri untuk mengatasi apa sahaja pasukan," kata Razali.



"Akhir sekali, setiap pihak berkepentingan seperti majikan, keluarga dan rakan-rakan harus memberi sokongan penuh kepada pasukan negara."




"Mana-mana pasukan berpotensi mampu berjaya jika mereka mempunyai persiapan yang betul dan lengkap. Kita tidak boleh memandang rendah setiap pasukan dan pemain (Singa Muda) harus memiliki kepercayaan diri untuk mengatasi apa sahaja pasukan."
- Mantan kapten pasukan nasional, Razali Saad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >