Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Lampard kecewa Chelsea tersingkir

Apr 20, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampard berkata beliau tidak akan membenarkan pemainnya bersikap sambil lewa selepas kelab itu disingkir dari Liga Juara-Juara Eropah musim ini oleh Real Madrid, satu lagi tamparan kepada kelab yang sedang terkial-kial itu.



Rodrygo menjaringkan kededua gol bagi Real Stamford Bridge pada 18 April, memberikan kemenangan selesa 2-0 bagi Real dan mara ke separuh akhir dengan kiraan agregat 4-0.



Kekalahan itu bermakna Chelsea telah tewas dalam semua empat perlawanan di bawah kepimpinan Lampard sejak beliau mendukung jawatan pengurus pada awal bulan ini.



"Bagi saya, setiap pemain harus berjuang tungkus-lumus dalam setiap perlawanan, tidak kira apa yang dipertaruhkan," kata Lampard, yang disanjung di Chelsea sebagai wira kerana pencapaiannya bersama kelab itu sebagai pemain.



Lampard, 44 tahun adalah penjaring gol terbanyak dalam sejarak Chelsea.



Beliau juga pernah memimpin kelab itu sebagai pengurus, sebelum dipecat.



Kini, selepas kelab itu berpisah dengan bekas pengurus Graham Potter, Lampard telah diundang memimpin pasukan bagi tempoh sementara, sehingga pengurus tetap dilantik.



Lampard berkata:



"Saya baru berada di sini selama dua minggu... sudah tentu saya amat mendambakan kejayaan.



"Saya tidak akan membenarkan sesiapa sahaja bersikap sambil lewa dan sekadar menanti musim berakhir. Bagai saya, terutama selepas kita menunjukkan prestasi mengecewakan musim ini, kita perlu mengakhiri musim dengan cara yang positif."



Buat masa ini, Chelsea berada di tangga ke-11 dalam Liga Perdana England, 10 mata di belakang Brighton di tempat ketujuh.



Peluang Chelsea meraih tempat ke Liga Juara-Juara Eropah bagi musim depan menerusi kedudukan liga adalah hampir mustahil dan ia memburu trofi Liga Juara-Juara untuk melayakkan diri ke Eropah musim depan.



Namun, impian itu kini hancur dan pemain Chelsea perlu menghadapi realiti mereka tidak akan memenangi sebarang trofi musim ini, walaupun ia telah membelanjakan sekitar £600 juta ($800 juta) sejak Jun lalu untuk membeli pemain.



Sebenarnya, Chelsea bermain dengan baik semasa menentang Real, tetapi sekali lagi, walaupun pemainnya merintis banyak peluang gol, mereka gagal merebut peluang tersebut.



Sejak Lampard menyertai kelab itu, Chelsea hanya menjaringkan satu gol sahaja.



"Hakikat ini perlu kami terima, tapi ia berlaku bukan kerana kami tidak mencuba sedaya-upaya," kata Lampard, yang menjaringkan 211 gol dalam tempoh 13 tahun di Chelsea sebagai pemain.



"Kami membuat banyak hantaran lintang, pemain berlari ke posisi baik untuk menjaringkan gol... tapi ia tidak menjadi.



"Saya tidak akan mengecam pemain dari sudut ini," kata Lampard.



"Sebenarnya, kami menentang pasukan bertaraf dunia dan bagi saya, pasukan lebih baik telah menang.



Menambah, Lampard berkata apa yang ditunjukkan oleh pemainnya dalam perlawanan itu adalah satu standard yang harus diulangi dalam setiap perlawanan akan datang.



"Standard ini tidak boleh jatuh," kata Lampard.



Chelsea masih mempunyai baki tujuh perlawanan liga, yang bermula dengan pertemuan dengan Brentford pada 26 April. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >