Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA ONE (F1)

Lando Norris kekal sebagai pemandu McLaren

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pemandu British Lando Norris telah melanjutkan kontraknya bersama McLaren hingga 2025, umum pasukan Formula Satu itu kelmarin.



Norris, 22 tahun, pemandu ujian dan simpanan bagi pasukan itu pada 2017 dan 2018 sebelum beliau memperoleh kerusi pemandu sepenuh masa pada 2019.



Beliau meraih tempat ke-11 dalam tangga kedudukan F1 pada musim pertamanya, tempat kesembilan pada 2020, termasuk mencatat keputusan podium pertamanya, dan tempat keenam musim lalu, dengan empat keputusan podium dan kejuaraan Grand Prix sulungnya.



"Saya suka pasukan ini dan rasa selesa di McLaren," kata Norris. "Saya telah berkembang bersama pasukan ini dan saya sebahagian daripada perjalanan mereka dalam mencapai kejayaan.



"Musim lalu adalah satu lagi kemajuan baik, dalam kedua-keduanya, kerjaya saya dan persembahan pasukan, dan saya dapat melihat dan berasa semua usaha, pelaburan, dan komitmen untuk pasukan berada dalam kedudukan baik bagi mencabar kemenangan dan kejuaraan dunia pada masa akan datang."



Ketua pasukan Andreas Seidl berkata perjanjian itu mencerminkan keyakinan McLaren terhadap masa depan pemandu mereka.



"Lando telah menunjukkan perkembangan menakjubkan sebagai pemandu Formula Satu sepanjang empat tahun ini dan menjadi bahagian penting dalam momentum dan trajektori persembahan pasukan," katanya.



"Kami masih dalam perjalanan untuk bertarung bagi kejuaraan dan Lando adalah elemen penting dalam rancangan kami, jadi menjamin tempatnya dalam pasukan ini, bersama Daniel (Ricciardo) dan kepimpinan kanan kami, memberi kami kestabilan dan kesinambungan sedang kami membina rentak untuk mencapai matlamat utama kami menjulang kejuaraan dunia." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >