BOLA SEPAK LIGA PERDANA SINGAPURA
Langgar Akta Pekerjaan: Warriors FC dilarang ambil pemain asing
Gagal bayar gaji kakitangan tepat pada masanya; kelab langgar aturan buat kali kedua dalam lapan bulan; larangan berkuatkuasa sehingga ditarik balik MOM
May 23, 2019 | 05:30 AM
BUAT kali kedua dalam tempoh lapan bulan, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah menggantung pas pekerjaan kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Warriors FC, setelah kelab itu didapati melanggar Akta Pekerjaan.
Ini bermakna Warriors, yang telah menjuarai liga dengan rekod sembilan kali dengan yang terakhir pada 2014, dilarang mengambil masuk sebarang pemain asing sehingga penggantungan itu ditarik balik.