Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

USAHA TANGANI SALAH LAKU SEKSUAL DALAM SUKAN

Langkah CoachSG tingkat wibawa atlit

Aug 04, 2018 | 05:30 AM



KUMPULAN kesukanan setempat sedang mengambil langkah aktif menangani salah laku seksual.



Langkah itu didukung sebagai pendekatan "toleran sifar" terhadap gangguan dan penderaan seksual menyusuli beberapa insiden yang menjejas integriti sukan.



Pengarah CoachSG, Encik Troy Engle, 56 tahun, berkata, kumpulan dan pemegang taruhan kesukanan telah bertemu tahun ini untuk berikrar satu komitmen menindas salah laku seksual.



CoachSG merupakan sebuah badan di bawah Sport Singapore (SportSG).



"Kita perlu mempunyai perbincangan terbuka mengenai masalah ini agar ia dapat ditangani.



"Pada masa lalu, salah guna dadah merupakan keprihatinan utama dalam sukan.



"Tapi kini, krisis paling besar ialah gangguan seksual," katanya kepada akhbar The New Paper.



Januari lalu, bekas doktor pasukan nasional Gimnastik Amerika Syarikat (USA), Larry Nassar, telah dijatuhi hukuman penjara selama 175 tahun atas kesalahan penderaan seksual ke atas 265 budak perempuan yang menuduhnya melakukan salah laku seksual.



Bulan lalu, seorang bekas atlit Korea Selatan mendedahkan secara terbuka pengalamannya dirogol jurulatihnya sejak beliau berusia 10 tahun.



Di sini pula, seorang jurulatih bola sepak dijatuhi hukuman penjara selama 26 tahun dan disebat 24 kali pada Mac lalu, kerana melakukan penderaan seksual ke atas tujuh budak lelaki.



Ikrar yang menentang salah laku seksual itu dibuat April lalu oleh 57 Persatuan Sukan Nasional selain Majlis Olimpik Nasional Singapura dan SportSG.



Namun ia masih di peringkat awal.



Mei lalu, Forum Sukan Selamat pertama di sini telah menyatukan mereka yang telah membuat ikrar tersebut, dan juga Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).



Encik Engle berkata, langkah selanjutnya telah diambil, seperti bengkel wajib bagi jurulatih berdaftar dengan Juruatih Pendaftaran Nasional (NROC).



Bengkel-bengkel itu telah membentangkan panduan jelas bagi para jurulatih berkaitan bahasa dan kontak secara fizikal, serta melibatkan perbincangan mengenai kes-kes masa lalu meibatkan salah laku seksual.



"Dua tahun lalu, NROC tidak bertaring, dengan pengiktirafan yang terhad.



"Tapi kini, kementerian dan pendidikan serta pertubuhan sukan menganggap NROC sebagai keperluan wajib bagi pengambilan kerja," kata Encik Engle.



Pada masa ini terdapat lebih 3,500 jurulatih dalam data berdaftar, dengan kriteria ketat bagi pendaftaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >