TURIN (Italy): Penyerang sensasi Cristiano Ronaldo telah menamatkan ujian kesihatan dengan Juventus dan baru-baru ini tiba di ibu pejabat kelab itu untuk bertemu rakan-rakan baru sepasukannya.
Selepas itu, beliau dan rombongannya akan ke penginapan masing-masing, di mana beliau sendiri akan menginap di luar Turin di sebuah kelab golf Royal Park, untuk mencari ketenangan, sedang rombongannya menginap di Hotel Turin Palace.