Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MUSIM BARU LA LIGA SEPANYOL

Laporta pertaruh masa depan Barcelona?

Meskipun dirundung hutang besar, Barca terus belanjakan lebih $330j untuk pemain baru, dengan 'menggadaikan' sumber pendapatan masa depan
Aug 18, 2022 | 05:30 AM



BARCELONA: Lima pemain baru, diselubungi masalah kewangan dan dihantui kemarahan dunia bola sepak.



Ia adalah masa-masa 'menarik' di antara kelab paling tersohor dunia, Barcelona.



Musim panas ini, Franck Kessie, Andreas Christensen, Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde telah berpindah ke Nou Camp dengan yuran lebih £200 juta ($333.7 juta), meskipun kelab itu sendiri sedang menanggung hutang lebih £1 bilion.



Untuk mengurangkan tekanan kewangan jangka pendek dan membolehkan para pemain barunya didaftar, kelab itu telah menjual sebahagian daripada pendapatan masa depan dalam bentuk hak televisyen dan unit penerbitan medianya, Barca Studios.



Bagaimanapun, pendekatan presiden baru kelab itu, Joan Laporta, telah mengundang kritikan bahawa beliau sedang "berjudi dengan masa depan kelab tersebut".



"Barcelona mendapati diri mereka dalam satu masalah besar, bagaikan satu lubang yang dalam... sedang ia cuba mengeluarkan diri daripadanya," kata pengamat bola sepak, Gary Neville, yang pernah menjadi jurulatih kelab Serie A, Valencia.



"Adakah apa yang mereka lakukan betul? Pastinya tidak. Adakah mereka melakukan sesuatu yang terpaksa mereka lakukan? Umumnya, jawapan kepada soalan itu ialah ya," tambahnya.



Laporta kini sedang mengulangi perkara yang dilakukan kelab tersebut bagi menjamin kejayaan mereka selama berdekad - segalanya atau tidak sama sekali. Malah, Laporta sendiri pernah mengkritik rejim pengurusan Barcelona sebelum ini kerana 'menggadaikan' masa depan kelab tersebut.



Mantan presiden kelab itu, Josep Maria Bartomeu, telah dijadikan mangsa sebagai perosak kelab tersebut.



Namun, hakikatnya Bartomeu, yang mengambil alih pucuk pimpinan Barca di tengah-tengah sikap cuai dan tidak ambil peduli kelab itu selama berdekad lamanya, tiba-tiba terbongkar akibat pandemik Covid-19 yang mengeringkan kelab tersebut daripada dana penaja, pengunjung dari seluruh dunia yang datang untuk menonton perlawanan kelab tersebut dan juga stadium kosong yang tidak dapat dihadiri ribuan penonton setiap minggu akibat langkah pengurusan selamat.



"Bartomeu sedar formula ini tidak boleh diteruskan. Ia akan merosakkan kelab ini di masa hadapan sekiranya satu lagi krisis seperti pandemik ini berlaku," kata wartawan sukan Sepanyol, Guillem Balague.



Antara langkah pertama Bartomeu ialah mengasingkan sebahagian daripada operasi perniagaan kelab tersebut, yang kini dijual pada harga £760 juta, sekali gus membolehkan Barca membeli pemain baru.



"Tidak semua yang Bartomeu lakukan adalah betul. Contohnya langkah melanjutkan kontrak lumayan sesetengah pemain adalah langkah yang kurang bijak. Tapi pada dasarnya beliau sedang melakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan kewangan Barca buat jangka masa panjang," tambahnya.



Bagi Laporta, ini adalah satu-satunya cara untuk memastikan kejayaan kelab tersebut - mengambil risiko jangka panjang yang dapat diatasi sekiranya kelab itu mampu mencapai kejayaan jangka pendek, dan kejayaan itu berkekalan.



Pada 2003, semasa Laporta pertama kali menjadi presiden Barcelona, kelab itu melaporkan pendapatan sekitar £140 juta- bukan sesuatu yang begitu menyerlah, meletakkannya sebagai kelab 'pertengahan tangga' bola sepak dunia.



Hari ini, Barcelona antara kelab yang mempunyai pendapatan tertinggi meskipun ia tidak mencukupi untuk menampung hutang yang ditanggung.



Memburukkan keadaan, kelab itu telah memaksimumkan cara tradisional untuk meraih pendapatan - hak televisyen, penjualan barangan seperti jersi dan perhiasan berkaitan kelab dan tiket perlawanan.



"Hakikatnya memenangi piala juga tidak akan menjadi pemangkin bagi pertumbuhan dari segi pendapatan," kata Neville.



"Bidang digital adalah satu-satunya wadah untuk meraih pendapatan tinggi, namun perniagaan itu telah dijual Laporta," tambahnya.



Malah, berdasarkan ramalan, kelab itu dijangka mencatatkan kerugian operasi sekali lagi tahun ini.



Justeru, pengamat berkata, satu-satunya cara ialah untuk mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan, sambil menjana tunai dengan menjual lagi aset-aset milik kelab tersebut.



Bekas bintang Barcelona dan Arsenal, Thierry Henry, berkata formula Laporta itu dipenuhi risiko. Dan ia bergantung kepada kejayaan mereka di padang.



"Adakah mereka boleh mencapai kejayaan di padang secara berterusan seperti 10 tahun lalu? Ikon baru mereka, Lewandowski, ialah pemain hebat tapi beliau bukan Ronaldinho (legenda Barca).



"Dari segi produk sistem belia pula, Barca sebelum ini melahirkan pemain seperti Lionel Messi, Andreas Iniesta, Xivi, Sergio Busquets dan Carles Puyol. Tapi saya tidak nampak pemain-pemain sedemikian sejauh ini.



"Pasukan ini mempunyai kualiti mencukupi untuk memenangi banyak perlawanan. Kuncinya ialah dapatkah mereka mendominasi diri mereka di tengah-tengah cabaran gergasi dunia," ujarnya.



Laporta bagaimanapun mempunyai 'Pelan B'.



Operasi kelab itu kini terus ditampung menerusi pinjaman £1.68 bilion dari bank Goldman Sachs. Sekiranya pelan Laporta gagal, Goldman Sachs akan mengambil alih pentadbiran kelab tersebut dan besar kemungkinan ia akan beralih kepada pemilikan privet, kata sumber yang rapat dengan kelab itu yang enggan dinamakan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >