LARI lebih PANTAS LOMPAT lebih JAUH, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:44
Syuruk
7:02
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:10
Isyak
8:20
Sukan3

LARI lebih PANTAS LOMPAT lebih JAUH

Mar 25, 2019 | 05:30 AM

Kejohanan Atletik Nasional bagi atlit berkeperluan khas anjuran Majlis Sukan Golongan Kurang Upaya Singapura (SDSC) mengorak era baru apabila ia dianjurkan buat pertama kalinya di Stadium Negara yang baru di Hab Sukan Singapura baru-baru ini. Kejohanan kali ini menampilkan seramai 108 peserta yang beraksi dalam 37 acara trek dan padang - antaranya jaguh lompat jauh Paralimpik, Suhairi Suhani, dan para-atlit veteran berpengalaman, Dr William Tan. Kejohanan turut membuka peluang kepada beberapa muka baru menunjukkan bakat mereka dalam sukan-para. Satu acara baru - kategori II2 (Kurang daya Intelek 2) turut diperkenalkan bagi individu yang mempunyai palsi serebrum dan kurang daya intelek memenuhi potensi sepenuh mereka melalui bersukan. Berikut warna-warni kejohanan itu.

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map