Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK TOKYO

Larian obor bermula selepas tertangguh setahun

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



FUKUSHIMA (Jepun): Larian obor Sukan Olimpik bermula semalam selepas setahun ia tertangguh dengan penyokong tidak dibenarkan untuk menghadiri acara yang berlangsung selama empat bulan mengelilingi Jepun itu dan tamat pada upacara perasmian 23 Julai nanti.



Bagaimanapun pihak penganjur berharap larian berganti-ganti selama 121 hari itu yang bakal mengelilingi Jepun serta membabitkan 10,000 pelari, akan memberi kegembiraan dan semangat ketika ada yang masih bimbang sama ada temasya sukan itu dapat dianjurkan dengan selamat.



Ketua Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto berkata, nyalaan obor itu umpama "sinar cahaya di hujung kegelapan".



"Api kecil ini tidak pernah putus harapan dan ia menunggu hari ini seperti bunga sakura yang hampir mekar," katanya pada majlis yang berlangsung di kompleks sukan J-Village di Fukushima.



Azusa Iwashimizu, salah seorang anggota skuad bola sepak wanita Jepun yang memenangi Piala Dunia 2011, merupakan individu pertama yang membawa obor itu diiringi oleh bekas rakan sepasukannya.



Iwashimizu kemudian menyerahkan obor itu kepada pelari seterusnya, iaitu pelajar sekolah tinggi Fukushima, Asato Owada, yang mengenakan baju sama selaku pembawa obor.



Segelintir penyokong dilihat memberi sokongan dengan wajib memakai penutup mulut dan hidung, namun bunyi tekanan kamera lebih didengari berbanding sorakan penyokong.



Sorakan dan kehadiran penyokong dalam satu jumlah yang besar tidak dibenarkan sepanjang larian itu bagi mengelak jangkitan Covid-19. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >