Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Latihan di Sepanyol bagi asah bakat muda bola sepak S'pura

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



Dari Madrid, Sepanyol



SERAMAI 20 pemain bola sepak berusia antara 12 hingga 13 tahun di bawah program Akademi Bola Sepak Singapura (SFA) kini berada di Madrid, Sepanyol, bagi mengikuti latihan luar negara.



Mereka merupakan kumpulan pertama yang berpeluang ke Madrid untuk latihan selama sebulan, dari 5 November lalu hingga 2 Disember, di bawah satu inisiatif baru yang diumumkan projek bola sepak kebangsaan, Unleash The Roar! (UTR), semalam.



UTR! turut mengumumkan perjanjian yang telah diikat bersama Akademi La Liga Sepanyol, yang merupakan sebahagian daripada ESC (Education Sports Coliving), untuk menjadi rakan latihan luar negara pertamanya.



ESC merupakan sebuah pusat kecemerlangan sukan yang dibina khas yang menempatkan sebuah sekolah antarabangsa, penginapan pelajar dan kemudahan sukan yang digunakan oleh kedua-dua La Liga dan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) untuk melahirkan bintang bola sepak dan bola keranjang generasi masa depan.



Diperkenalkan pada Mac tahun lalu, projek UTR! bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem bola sepak negara setempat dengan rangka kerja pembangunan pemain muda berbakat yang lebih berstruktur.



Mengumumkan perkembangan terkini tentang projek tersebut kepada wartawan sewaktu lawatannya ke Madrid baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif UTR!, Encik Eric Chua, yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), berkata:



"Kami mahu membina ekosistem pembangunan bola sepak belia di mana belia berbakat kami mendapat sokongan penuh dalam sukan bola sepak dan akademik mereka.



"Membawa mereka keluar dari Singapura mencabar belia kita untuk keluar dari zon selesa mereka dan memberi mereka peluang untuk berlatih dan bersaing dengan pemain seusia yang terbaik.



"ESC La Liga dan NBA merupakan contoh terbaik jenis rakan kongsi yang kami mahu bekerjasama untuk membentuk generasi pemain bola sepak bagi masa hadapan.



"Ia adalah pusat kecemerlangan sukan yang dibina khas yang menempatkan sekolah antarabangsa, penginapan pelajar dan kemudahan sukan di mana belia kita boleh menikmati suasana berprestasi tinggi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >