BUAT julung-julung kalinya, pasukan lawan pedang wanita menang pingat perak Kejohanan Pedang Junior dan Kadet Sedunia di Verona, Italy, semalam.
Pasukan Singapura berada di kedudukan ke-13 dan terdiri daripada empat atlit. Mereka menumpaskan pasukan di kedudukan atas seperti Poland (keempat); Perancis (kelima); dan Jerman (kelapan); demi menempatkan diri ke peringkat akhir.