GOLF
Lebih 110 pemain dijangka sertai kejohanan MS Classic
Diadakan di padang golf Forest City JB yang direka legenda golf Jack Nicklaus
Aug 12, 2019 | 05:30 AM
PADANG golf Forest City yang direka oleh legenda golf dunia Jack Nicklaus akan menjadi medan pertarungan bagi kejohanan golf amatur anjuran MS Classic pada 27 Ogos ini.
Sekitar 112 pemain dijangka bertarung bagi merebut kejuaraan di padang golf di Johor Baru itu yang dibuka pada tahun lalu.