Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lebih 70% di Jepun mahu Sukan Olimpik dibatal

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Lebih 70 peratus orang di Jepun mahu Sukan Olimpik Tokyo dibatalkan atau ditunda sedang pandemik berlarutan, menurut tinjauan Kyodo News kelmarin, dengan hanya lebih 100 hari lagi sebelum tirai temasya sukan itu dijadual dibuka.



Tinjauan itu menunjukkan 39.2 peratus responden mahu Sukan Olimpik itu dibatalkan, manakala 32.8 peratus memilih untuk ia ditangguhkan sekali lagi.



Hanya 24.5 peratus responden ingin acara sukan terbesar dunia itu berlangsung mengikut jadual yang dirancang.



Kelmarin, Tokyo memulakan langkah kuasi-kecemasan selama tempoh sebulan untuk membendung gelombang keempat jangkitan Covid-19 yang didorong oleh strain mutan yang berbahaya.



Lebih 92.6 peratus responden rasa bimbang mengenai kebangkitan semula jangkitan, menurut tinjauan Kyoto yang dijalankan pada 10 hingga 12 April itu.



Meskipun program vaksinasi untuk golongan berusia 65 tahun dan ke atas bermula di sekitar 120 tapak serata negara kelmarin, bekalan dos yang diimport itu masih kekurangan dan kadar inokulasi tidak mungkin menghentikan gelombang jangkitan terbaru.



Tinjauan itu mendapati bahawa sekitar 60 peratus orang tidak berpuas hati dengan kemajuan vaksinasi Jepun.



Penilaian kelulusan kabinet Perdana Menteri Yoshihide Suga naik 1.9 peratus kepada 44 peratus berbanding bulan sebelumnya, sementara ratingnya bagi yang tidak bersetuju adalah 36.1 peratus, menurut tinjauan itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >