LAPORAN 'PENGGAL PERTAMA' LIGA-S GREAT EASTERN-YEO'S
Lebih menarik, lebih menghiburkan
Permulaan hebat bagi musim ke-21 diharap berkekalan
Apr 17, 2016 | 05:30 AM
DI LUAR dugaan dan mengatasi jangkaan - walau diakur sederhana - musim ke-21 Liga-S Great Eastern-Yeo's yang sedang berlangsung ini bak menikmati tempoh 'kelahiran semula' yang diharap terus berkekalan.
Stadium masih belum sepadat 'era emas' liga pada lewat 1990-an, tetapi adalah ketara bahawa lebih ramai peminat kini mengisi stadium sejak ia bermula Februari lalu.