Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Leclerc didenda 10 tempat di grid dek isu kereta

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1) ARAB SAUDI

Leclerc didenda 10 tempat di grid dek isu kereta

Mar 17, 2023 | 05:30 AM

PARIS: Pelumba Ferrari Charles Leclerc dikenakan penalti 10 tempat di grid pada Rabu bagi Grand Prix Arab Saudi pada 19 Mac.

Sekatan itu dikenakan oleh penguasa Formula Satu (F1), Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), selepas Ferrari terpaksa menukar unit kuasa dua kali dalam kereta Leclerc pada perlumbaan pembukaan musim di Bahrain.

Ferrari kemudian menggunakan unit kuasa ketiga bagi perlumbaan di Arab Saudi, melanggar peraturan yang membenarkan dua perubahan dalam keseluruhan satu musim.

Leclerc, yang sudah ketinggalan 25 mata di belakang juara dunia dua kali, pelumba Red Bull Max Verstappen, akan dikenakan hukuman lanjut jika lebih banyak bahagian keretanya perlu ditukar menjelang perlumbaan pada Ahad di Jeddah.

Pengetua pasukan baru Ferrari, Fred Vasseur, yang pernah mengetuai Alfa Romeo, menjelaskan apa yang berlaku kepada kereta Scuderia itu di Bahrain.

"Pada Ahad, kami mempunyai dua isu berbeza," katanya kepada Formula1.com.

"Yang pertama ialah pada pagi Ahad, apabila kami melakukan pelancaran, dan kali kedua ketika perlumbaan.

"Ia adalah sesuatu yang kami tidak pernah mengalami pada masa lalu. Saya harap sekarang ia terkawal...,"

Beliau, yang mengambil alih daripada Matteo Binotti sebagai pengetua pasukan, menambah: "Malangnya, kami perlu menerima penalti di Jeddah, kerana kami hanya mempunyai kumpulan dua unit kawalan untuk musim ini. "

Di Bahrain, Leclerc menduduki tempat ketiga dengan selesa sebelum beliau mengalami kehilangan kuasa pada pusingan ke-47 dan gagal menamatkan perlumbaan.

Verstappen menang dengan rakan sepasukannya dari Mexico, Sergio Perez, di tempat kedua. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3