Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MARATON STANDARD CHARTERED SINGAPURA

Legenda lumba jarak jauh di Singapura

Dec 05, 2014 | 07:42 PM



PELUMBA jarak jauh yang dianggap terhebat dalam sejarah Haile Gebrselassie kini berada di Singapura bagi beraksi dalam Maraton Standard Chartered Singapura (SCMS) Ahad ini.


Dalam kemunculan sulungnya di Asia Tenggara ini, Gebrselassie, 41 tahun, akan berlumba dalam kategori 10 kilometer, perlumbaan yang dimenangi warga Habsyah ini dalam dua Sukan Olimpik dan empat Kejohanan Dunia.


Menurut Gebrselassie di sidang media tadi, beliau tidak sabar menanti perlumbaan Ahad nanti.


"Adalah menakjubkan apabila lebih 53,000 insan berlari bersama... ia seperti sesebuah kota berlari bersama.


"Azam saya ialah bagi menikmati perlumbaan ini dan saya akan berfikiran terbuka tentang masa perlumbaan kerana tidak biasa dengan cuaca di sini," kata Gebrselassie.


Lebih 53,000 peserta telah mendaftar bagi mengambil bahagian dalam maraton tahunan yang diadakan sejak 2002 ini.


Acara utama - kategori terbuka - bermula 5 pagi lusa ini, di Orchard Road, dengan hadiah wang sebanyak AS$50,000 (sekitar SGD$65,800) menanti pemenang acara lelaki dan wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >