LIGA PERDANA ENGLAND

'Leicester akan diturunkan jika tidak segera tunjuk peningkatan'

LONDON: Juara England, Leicester City, akan tersingkir daripada Liga Perdana England sekiranya pasukan itu tidak menunjukkan peningkatan dengan segera, demikian amaran daripada penjaga gawang pasukan, Kasper Schmeichel, menyusuli kekalahan 0-3 kepada Manchester United, kelmarin.

Musim lalu, Leicester mencatatkan kejutan apabila menjuarai Liga Perdana, berbekal keutuhan benteng pasukan serta serangan berbisa - didorong semangat melambung pemain mengukir sejarah penuh menakjubkan itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan