Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Sukan0

Leicester juara EPL lepas Tottenham seri 2-2 dengan Chelsea

May 03, 2016 | 07:16 AM

LONDON: Mimpi Leicester City menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama menjadi menjadi kenyataan pada Isnin (2 Mei) apabila baki pencabar mereka, Tottenham Hotspurm, seri 2-2 di Chelsea.

Gol oleh Harry Kane and Son Heung-min kelihatan seolah-olah akan melanjutkan perlumbaan antara Tottenham dan Leicester ke minggu kedua terakhir EPL.

Namun, Gary Cahill memberi Chelsea harapan sejurus sebelum sejam permainan dan gol hebat pada minit ke-83 pemain gantian Eden Hazard mengakhirkan harapan tipis Spurs dan menggembirakan Leicester serta pengurus mereka, Claudio Ranieri.

Sedang perasaan marah tercetus di Stamford Bridge pada sepenuh masa, gambar televisyen dipotong untuk membawa kepada penonton pemandangan pemain Leicester merai kejayaan mereka di ruang tamu penjaring terbanyak Jamie Vardy.

Sambutan menyemarak oleh penyokong Leicester di bandar itu hingga ke Thailand, rumah pemilik kelab tersebut, King Power.

Berita Popular

Dengan tinggal dua perlawanan, Leicester berada tujuh mata di depan pasukan tangga kedua Tottenham, dan Sabtu ini perlawanan menentang Everton akan termasuk pemain Leicester melakukan larian kehormatan mengelilingi padang. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map