Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Leicester kembali ke puncak EPL lepas kalahkan Chelsea 2-1

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Leicester kembali ke puncak EPL lepas kalahkan Chelsea 2-1

Dec 15, 2015 | 08:52 AM

LEICESTER: Gol mengagumkan oleh Jamie Vardy dan Riyad Mahrez meletak Leicester City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 2-1 ke atas pasukan Chelsea yang kurang memberangsangkan, pada awal pagi Selasa (15 Dis).

Vardy, yang rekod EPLnya menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut berakhir di Swansea City hujung minggu lalu, menewaskan penjaga gol Thibaut Courtois dengan tendangan tepat daripada hantaran menarik Mahrez pada m init ke-34.

Mahrez sendiri menjaringkan gol kedua menakjubkan dari tepi kawasan tiga minit selepas babak kedua untuk meneruskan perubahan luar biasa Leicester selepas menyelamatkan diri daripada penyingkiran musim lalu.

Dengan ini, Leicester mempunyai 35 mata, dua mata melebihi pesaing terdekat, Arsenal.

Pemain gantian, Loic Remy, memberi Chelsea harapan dengan jaringan gol 13 minit sebelum perlawanan tamat, namun Leicester dapat bertahan.

Chelsea kini terperuk di tempat ke-16 liga dengan hanya 15 mata daripada 16 perlawanan - satu mata di atas zon penyingkiran. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3