LONDON: Momentum yang membantu Leicester City bertakat terus dalam Liga Perdana England berterusan di West Ham United kelmarin apabila mereka menang 2-1 dan kembali ke tangga teratas liga.
Gol-gol dalam babak pertama oleh Shinji Okazaki dan Riyad Mahrez meletakkan mereka di hadapan di Upton Park dan meskipun Dimitri Payet merapatkan jurang gol, Leicester memang wajar mencatat dua kemenangan daripada dua perlawanan untuk mengetepikan Manchester United daripada kedudukan teratas melalui perbezaan gol.