Lepas 22, juara Wimbledon Serena Williams serik kejar rekod 24 Grand Slam, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Sukan0

Lepas 22, juara Wimbledon Serena Williams serik kejar rekod 24 Grand Slam

Jul 11, 2016 | 08:39 AM

LONDON: Juara Wimbledon tujuh kali, Serena Williams, menegaskan beliau tidak akan membiarkan usaha mengejar rekod 24 kejuaraan perseorangan Grand Slam menjadi gangguan merosakkan.

Wiliams menamatkan salah satu tempoh paling mengecewakan dalam kerjayanya pada Sabtu (9 Jul), apabila beliau menyamai rekod era Terbuka Steffi Graf sebanyak 22 gelaran Grand Slam dengan kemenangan 7-5, 6-3 ke atas Angelique Kerber dalam perlawanan akhir Wimbledon.

Sejak memenangi Wimbledon tahun lalu, Williams tersekat dengan 21 mahkota Grand Slam selepas tewas di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat dan akhir Terbuka Australia serta Terbuka Perancis tahun ini.

Menunggu lama untuk menyamai rekod 22 kemenangan Graf memberi tekanan kepada pemain Amerika Syarikat berusia 34 tahun itu.

Setelah akhirnya mencapai kejayaan tersebut dengan kemenangan Wimbledon ketujuh, yang membawanya dekat dengan rekod 24 mahkota Grand Slam Margaret Court, Williams ditanya apakah beliau kini focus bagi mengatasi rekod tersebut.

Discover Malay Home Based Businesses

Namun, pemain No. 1 dunia itu berkeras beliau tidak akan menyasar sembarang rekod lagi.

"Oh, Tuhan, tidak. Saya telah belajar banyak perkara mengenai 22. Saya belajar jangan terlibat dalam perbahasan dan perbualan (mengenai mencapai rekod)," katanya. "Ada beberapa malam saya tidak dapat tidur, dengan jujur saya katakan. (Rekod 22) itu hampir dicapai. Saya dapat merasainya, tetapi tidak dapat mencapainya.

"Saya berasa banyak tekanan. Saya meletak banyak tekanan pada diri saya. Jelas sekali ia menyebabkan beberapa kekalahan besar."

Serena juga memenangi bergu wanita Wimbledon keenam bersama kakaknya, Venus, pada Sabtu lalu.

Mereka mengalahkan Timea Babos dari Hungary dan Yaroslava Shvedova dari Kazakhstan 6-3, 6-4 - beberapa jam selepas Serena memenangi mahkota single. - Reuters, AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map