Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH FIFA

Lewandowski dinobat Pemain Terbaik Fifa 2020

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



BERLIN: Robert Lewandowski yang diberi gelaran "The Body" mengatasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk merangkul anugerah Pemain Terbaik Fifa susulan kemenangan Bayern Munich di Liga Juara-Juara Eropah 2019-20.



"Beliau berhak memenanginya berbanding orang lain. Dia mengharungi musim terbaik dalam kerjayanya," kata pengerusi Bayern Munich Karl-Heinz Rummenigge.



Penyerang Bayern itu menjaringkan 55 musim lalu untuk membantu kelab Jerman berkenaan menjuarai treble.



Lewandowski yang sudahpun menjaringkan 18 gol dalam 17 perlawanan musim ini, turut menjaringkan dua gol lagi ketika menentang Wolfsburg Rabu lalu untuk melepasi angka 250 gol Bundesliga.



Namun penyerang Poland itu terpaksa menunggu sehingga usianya mencecah 32 tahun bagi menggondol anugerah berkenaan dengan membuktikan keunggulannya dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara musim lalu.



Walaupun muncul penjaring terbanyak Bundesliga sebanyak lima kali sepanjang tujuh musim lalu, Lewandowski bergelut membuktikan ketajamannya dalam aksi penting Liga Juara-Juara.



Sehingga Februari lalu, beliau gagal menemui sasaran dalam tujuh perlawanan terakhir di peringkat kalah mati.



Bagaimanapun ia berubah apabila Bayern bertemu Chelsea dalam pusingan 16 pasukan terakhir pada Februari lalu, di mana Lewandowski menjaringkan gol di Stamford Bridge dan membuat umpanan untuk dua gol Serge Gnarby dalam kemenangan 3-0 di tempat lawan.



Apabila aksi timbal balik berlangsung enam bulan kemudian, Lewandowski terbabit dalam empat gol - menjaringkan dua gol dan membantu dua lagi - untuk kemenangan 4-1 di Allianz Arena.



Ketajamannya diteruskan dengan jaringan dalam kemenangan 8-2 ke atas Barcelona di suku akhir dan 3-0 pada separuh akhir ke atas Lyon.



Beliau menamatkan saingan Liga Juara-Juara sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol, kurang dua gol untuk mengatasi rekod jaringan semusim Ronaldo dalam kejohanan elit Eropah itu.



Sementara itu, pemain pertahanan England, Lucy Bronze memenangi anugerah untuk pemain terbaik wanita, mengatasi cabaran Wendie Renard dan Pernille Harder.



Rakan sepasukan Lewandowski di Bayern, Manuel Neuer memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik.



Pengendali Liverpool Jurgen Klopp dinobatkan Jurulatih Lelaki Terbaik manakala pengendali skuad wanita Belanda Sarina Wiegman memenangi gelaran Jurulatih Wanita Terbaik buat kali kedua selepas kali pertama pada tahun 2017.



Anugerah jaringan terbaik Puskas pula menjadi milik pemain Tottenham Son Heung-min menerusi jaringan ke atas Burnley pada Disember 2019.



Anugerah The Best bermula pada tahun 2017 selepas bergabung dengan Ballon d'Or, yang dibatalkan tahun ini kerana pandemik Covid-19, dan Pemain Terbaik FIFA, yang bermula pada tahun 1991. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >