Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH FIFA

Lewandowski ditabal Pemain Lelaki Terbaik Fifa 2021

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bintang penyerang Bayern Munich dan Poland, Robert Lewandowski, ditabalkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Fifa 2021 manakala superstar Manchester United, Christiano Ronaldo, pula menerima anugerah istimewa.



Lewandowski, 33 tahun, menerima anugerah tersebut buat tahun kedua berturut-turut setelah menjaringkan 69 gol.



Beliau memecahkan rekod yang dipegang legenda Jerman, Gerd Muller, selama 49 tahun, sebagai penjaring terbanyak Bundesliga dalam tahun kalendar dengan 43 gol dalam 34 perlawanan.



Beliau mendapat tempat pertama, dengan bintang Liverpool, Mohamed Salah, di tempat kedua dan penyerang Paris St-Germain, Lionel Messi, di tempat ketiga.



Sementara itu, Ronaldo pula ditabal sebagai pemain lelaki yang menjaringkan gol terbanyak di peringkat antarabangsa.



Bagi anugerah pemain wanita pula, pemain Barcelona, Alexia Putellas, ditabal pemain terbaik dunia oleh Fifa.



Lain-lain anugerah melihat pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, menerima anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Fifa atas kejayaannya memimpin Chelsea menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah setelah menyertai kelab tersebut Januari tahun lalu.



Bekas pemain sayap Tottenham Hotspur, Erik Lamela, yang kini telah berpindah ke Sevilla, memenangi anugerah Puskas Fifa, yang diberikan kepada gol paling cantik dalam bola sepak antarabangsa menyusuli gol ala 'rabona' pemain itu dalam perlawanan menentang Arsenal pada Mac lalu.



Penjaga gawang Chelsea, Edouard Mendy, pula diiktiraf sebagai Penjaga Gawang Lelaki Terbaik Fifa menyusuli musim pertama yang cemerlang bersama kelab tersebut, termasuk memastikan gawangnya tidak dibolosi semasa menang 1-0 ke atas Manchester City dalam final Liga Juara-Juara Eropah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >