Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Januzaj: Van Gaal tidak beri saya peluang di Man U

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



TURIN: Adnan Januzaj yakin Louis van Gaal lebih suka membeli pemain berharga £10 0 juta ($130 juta) daripada memberi pemain sepertinya peluang menunjukkan bakat semasa kededuanya di Manchester United.



Januzaj, yang kini menyarung jersi Real Sociedad berkata demikian menjelang pertemuan kelab itu dengan United dalam Liga Europa dinihari esok.



Pertemuan peringkat kalah mati pertama itu juga adalah kali pertama Januzaj akan berdepan dengan kelab yang ditinggalkannya pada 2017.



"Van Gaal mahukan pemain berpengalaman... beliau ingin pemain berharga £100 juta," kata Januzaj, 26 tahun, dalam wawancara dengan BBC.



Januzaj, yang menyertai pasukan belia United dalam 2011 pada usia 16 tahun menjadi pemain kesebelasan utama di bawah David Moyes pada musim 2013-14.



Persembahannya yang menggalakkan pada ketika itu membayangkan beliau boleh menjadi bintang di Old Trafford.



Beliau juga menandatangani kontrak lima tahun dan menarik perhatian jurulatih England yang berhasrat memilihnya dalam pasukan jika beliau memenuhi syarat imigresen.



Malah, Januzaj mewakiliki negaranya Belgium pada tahun tersebut, pada usia 18 tahun.



Namun segala-galanya berubah selepas Van Gaal dilantik sebagai pengurus pada 2014.



"Saya hanya memerlukan jurulatih yang yakin pada keupayaan saya," kata Januzaj.



"Selepas Moyes pergi... masa saya di Old Trafford menjadi lebih sukar kerana saya tidak dapat beraksi sekerap yang saya ingini.



"Saya beraksi satu perlawanan, selepas itu di bangku bagi enam perlawanan selanjutnya.



"Keadaan itu begitu sukar untuk saya terima kerana saya tiada peluang menunjukkan keupayaan saya," ujar Januzaj.



"Padahal, jurulatih sebelum Van Gaal, Warren Joyce (pasukan simpanan), Sir Alex Ferguson dan Moyes memberi saya peluang dan keyakinan untuk mewakili kelab tersebut."



Januzaj hanya memulakan sembilan perlawanan Liga Perdana England (EPL) di bawah Van Gaal.



Selepas itu, beliau dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan Sunderland, tetapi gagal merancakkan semula kerjayanya.



Keadaan menjadi lebih teruk bagi Januzaj, selepas Jose Mourinho menyertai kelab pada 2016 dan mengambil jersi nombor 11 daripadanya.



"Satu perkara yang saya kesali adalah saya tidak meninggalkan kelab pada usia 19 tahun apabila Van Gaal menyertai kelab itu... United enggan membiarkan saya putuskan hubungan tetapi hanya merelakan saya dipinjam kepada kelab lain," kata Januzaj, yang berkata beliau telah membina semula kerjaya dan kini berada dalam saat terbaik kerjanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >