Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Europa: Liverpool dan Tottenham mara

Nov 27, 2015 | 08:33 AM



PARIS: Liverpool dan Tottenham Spurs mara ke pusingan 32 pasukan Liga Europa pada Khamis (26 Nov) manakala semua pasukan Scotland terkeluar selepas Celtic disingkir.


Pasukan Jurgen Klopp, Liverpool, menewaskan Bordeaux 2-1 di Anfield selepas mengalami permulaan yang mungkin paling teruk apabila hasrat penyerang England Daniel Sturridge kembali beraksi selepas kecederaan lutut terbantut kerana kakinya cedera semasa melakukan gerakan memanaskan badan.


Liverpool ketinggalan satu gol dalam keadaan pelik selepas 33 minit apabila penjaga gol Simon Mignolet dipersalah kerana membuang masa.


Henri Saivet menjaringkan gol bagi Bordeaux melalui sepakan percuma itu.


Namun, Liverpool menyamakan kedudukan lima minit kemudian apabila James Milner menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas Ludovic Sane mengasari Christian Benteke.


Dalam masa kecederaan separuh pertama, Benteke pula menyumbatkan gol yang memberi kemenangan kepada Liverpool.


Sementara itu, Harry Kane membantu Tottenham mara apabila penyerang England itu menjaringkan gol kesembilannya dalam enam perlawanan dalam kemenangan 1-0 ke atas juara Azerbaijan, Qarabag


Juara Scotland, Celtic, mengalami kekalahan ke-10 berturut-turut dalam Liga Europa apabila ia ditundukkan Ajax Amsterdam 2-1.


Callum McGregor meletak Celtic di depan tetapi Arkadiusz Milik menyamakan kedudukan bagi pasukan Belanda itu.


Pemain gantian Ajax, Vaclav Cerny, menjaringkan gol kemenangan dua minit sebelum tamat untuk menghidupkan peluang pasukannya manakala Celtic tersingkir apabila Fenerbahce, yang sudah layak, menewaskan Molde 2-0. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >