Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Liga Europa: Liverpool mara ke final dengan kemenangan 3-0

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Liga Europa: Liverpool mara ke final dengan kemenangan 3-0

May 06, 2016 | 07:16 AM

LIVERPOOL: Daniel Sturridge terlibat dalam semua tiga gol apabila Liverpool menewaskan Villarreal 3-0 di Anfield pada Khamis (5 Mei) untuk menemui juara bertahan Sevilla dalam perlawanan akhir Liga Europa.

Ketinggalan 1-0 daripada perlawanan pertama, Liverpool menyamakan kedudukan apabila Bruno Soriano menjaringkan gol sendiri di bawah tekanan daripada Sturridge, yang menjaringkan gol kedua pada minit ke-63 sebelum membantu Adam Lallana menjaringkan gol lewat yang melengkapkan kemenangan agregat 3-1.

Kejayaan itu membawa Liverpool ke final Eropah pertamanya sejak Liga Juara-Juara 2006-07, mengekalkan harapan Jurgen Klopp menamatkan musim pertamanya sebagai pengurus dengan kedua-duanya, sebuah trofi dan tempat dalam Liga Juara-Juara, kejohanan elit Eropah, musim depan.

Di Seville, di mana perlawanan disambung dengan keputusan terikat 2-2, bekas penyerang Arsenal, Eduardo, memberi juara 2009, Shakhtar, harapan dengan menyamakan kedudukan semula setelah Kevin Gameiro menjaringkan gol pembukaan pada minit kesembilan bagi tuan rumah.

Namun, Gameiro melanda lagi pada awal separuh masa kedua sebelum gol minit ke-59 oleh Mariano memastikan kemenangan 3-1 (agregat 5-3) Sevilla, yang memburu kemenangan Liga Europa tiga kali berturut-turut dalam final di Basel pada 18 Mei. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3