Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Europa: Man U tewas kepada Fenerbahce, Southampton kalahkan Inter

Nov 04, 2016 | 07:32 AM



ISTANBUL: Manchester United mengalami satu lagi malam mengecewakan apabila pasukan Jose Mourinho itu tewas 2-1 kepada Fenerbahce di Istanbul dalam perlawanan Liga Europa. Mereka ketinggalan menerusi sepakan gunting menakjubkan Moussa Sow dalam masa dua minit perlawanan pada Khamis (3 Nov) itu.



Satu lagi serangan hebat, kali ini daripada sepakan percuma Jeremain Lens sebelum sejam menggandakan jaringan kelab Turkey itu. Wayne Rooney merapatkan kedudukan dengan gol jarak jauh lewat dalam perlawanan.



United kini berada di tangga ketiga Kumpulan A, satu mata di belakang Fenerbahce dan Feyenoord dengan baki dua perlawanan.



Feyenoord, yang melawat Old Trafford seterusnya, seri 1-1 dengan Zorya Luhansk di Ukraine.



Southampton pula kian menghampiri pusingan kalah mati apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Inter Milan 2-1 di St Mary. Inter pergi ke England tanpa jurulatih selepas memecat Frank de Boer pada Selasa.



Stefano Vecchi mengambil alih sementara dan menyaksikan pasukannya mendahului selepas setengah jam apabila Mauro Icardi menjaringkan gol.



Southampton boleh menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama, tetapi tendangan penalti Dusan Tadic diselamatkan oleh Samir Handanovic.



Bagaimanapun, Southampton mengaum kembali pada separuh masa kedua, dengan Virgil van Dijk menyamakan kedudukan pada minit ke-64.



Enam minit kemudian, hantaran Tadic terbias setelah mengena palang gol dan Yuto Nagatomo termasukkan dalam gawang sendiri.



Pasukan Saints kini di tangga kedua dalam kumpulannya, dua mata di belakang Sparta Prague, yang menang 2-0 di tempat sendiri ke atas Hapoel Beer-Sheva.



Antara keputusan lain: Zenit St Petersburg 2 Dundalk 1; Maccabi Tel Aviv 0 AZ Alkmaar 0; Athletic Bilbao 5 Genk Belgium 3; Sassuolo 2 Rapid Vienna 2. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >