Liga Juara: Dua gol Griezmann beri Atletico kemenangan ke atas Galatasaray

ISTANBUL: Dua gol babak pertama jaringan Antoine Griezmann memberi Atletico Madrid kemenangan 2-0 ke atas Galatasaray dalam perlawanan kumpulan C Juara Liga pada Selasa (16 Sep waktu Singapura).

Griezmann meletak Atletico di depan pada minit ke-18 apabila Juanfran menghantar bola dari kanan dan pemain antarabangsa Perancis itu menendang bola melepasi penjaga gol Galatasaray, Fernando Muslera.

Beliau menambahkan gol Atletico pada minit ke-25 selepas Diego Godin menanduk bola hantaran Koke untuk pemain sayap itu menjaringkan gol jarak dekat. - Reuters