Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: 5 pasukan lagi mara ke kalah mati, Tottenham tersingkir

Nov 23, 2016 | 07:47 AM



PARIS: Juara bertahan Real Madrid, Juventus, Bayer Leverkusen dan Monaco menyertai Leicester City mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa (22 Nov), tetapi tidak Tottenham Hotspur.



Lima pasukan itu menyertai naib johan musim lalu Atletico Madrid, Arsenal, Paris Saint-Germain, Bayern Munich dan Borussia Dortmund, yang sudah pun menempah tempat mereka di pusingan kalah mati dengan baki dua perlawanan kumpulan.



Tottenham mengalami nasib berbeza apabila tersingkir selepas kalah 2-1 di Monaco, yang menjadi juara Kumpulan E.



Penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris, menyelamatkan tendangan penalti Radamel Falcao, tetapi gol cepat dan berturut-turut Djibril Sidibe dan Thomas Lemar sejurus selepas rehat menyingkirkan pasukan London itu.



Ini walaupun gol tendangan penalti Harry Kane menyelangi gol Monaco.



Dalam kumpulan sama, Bayer Leverkusen seri 1-1 di CSKA Moscow untuk melangkah ke pusingan kalah mati berikutan kekalahan Tottenham.



Kevin Volland meletak Leverkusen di depan selepas 16 minit sebelum Bibras Natcho menyamakan kedudukan.



Tottenham akan menjadi tuan rumah kepada CSKA dalam perlawanan terakhir yang keputusannya akan menentukan siapa masuk ke Liga Europa.



Juara bertahan dan pemenang 11 kali Real Madrid menyertai Dortmund ke pusingan kalah mati daripada Kumpulan F selepas menang 2-1 ke atas Sporting Lisbon.



Raphael Varane meletak Real di depan tetapi Adrien Silva menjaringkan sepakan penalti untuk menyamakan kedududukan.



Pemain gantian Karim Benzema kemudian menjaringkan gol kemenangan Real.



Dortmund menjadi juara kumpulan itu dengan membelasah Legia Warsaw 8-4 - satu rekod jaringan dalam perlawanan Liga Juara-Juara.



Mereka mendahului 5-2 pada separuh masa pertama. Marco Reus menjaringkan hatrik dan bintang Jepun, Shinji Kagawa, dua gol bagi Dortmund.



Juara dua kali Juventus mara selepas menewaskan Sevilla 3-1 dalam perlawanan Kumpulan H. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >