LONDON: Arsenal terus menghidupkan peluang mereka untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara bagi 16 musim berturut-turut apabila ia menewaskan Dinamo Zagreb 3-0.
Bayern Munich membantu mereka dengan membelasah Olympiakos Piraeus dalam perlawanan Kumpulan F pada Selasa (24 Nov).
Arsenal menghancurkan Dinamo dalam separuh pertama, dengan memasukkan dua gol dalam empat minit melalui Mesut Ozil pada minit ke-29 dan Alexis Sanchez pada minit ke-33.
Sanchez menambah gol ketiga Arsenal pada minit ke-69.
Keputusan itu bermakna sedang Bayern mara ke pusingan kalah mati, Arsenal, yang mempunyai peluang tipis selepas kalah kepada Dinamo, Olympiakos dan Bayern, akan menyertainya jika mereka menewaskan Olympiakos dengan sekurang-kurangnya dua gol di Greece pada 9 Disember.
Bayern mempunyai 12 mata selepas menang 4-0 ke atas Olympiakos, yang mempunyai sembilan. Arsenal mempunyai enam mata dan Dinamo tiga.
Jika Olympiakos menang, seri atau kalah kurang daripada tiga gol kepada Arsenal, mereka akan mara sementara Arsenal menggigit jari.
Dinamo sudah terkeluar. - Reuters