Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Sukan

Liga Juara-Juara: Arsenal, PSG, Atletico dan Bayern mara ke kalah mati

Nov 02, 2016 | 07:21 AM

PARIS: Naib juara musim lalu, Atletico Madrid, antara empat pasukan yang menempah tempat di pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dengan baki dua perlawanan peringkat Kumpulan D pada Selasa (1 Nov).

Atletico menewaskan kelab Russia, Rostov, 2-1 di Sepanyol dengan Antoine Griezmann menjaringkan kedua-dua gol.

Mereka mara bersama juara lima kali juara Eropah, Bayern Munich, yang menang 2-1 di PSV Eindhoven.

Sementara itu, Arsenal dan Paris Saint-Germain daripada Kumpulan A juga layak ke peringkat kalah mati 16 pasukan.

Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 ke atas Ludogorets di Bulgaria, sementara PSG menewaskan Basel 2-1 di Switzerland. - AFP

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian