Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ASIA

Liga Juara-Juara Asia, Piala AFC akan berlangsung di satu tempat gara-gara Covid-19

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia dan pertandingan Piala AFC tahun ini akan dilangsungkan di satu tempat, antara perubahan yang diambil untuk memastikan pertandingan-pertandingan itu dapat dijalankan dengan selamat semata pandemik ini, kata Gabungan Bola Sepak Asia (AFC).



Dalam kenyataannya lewat kelmarin, AFC berkata perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bagi negara-negara di Barat Asia dijadualkan berlangsung antara 14-30 April, sementara perlawanan bagi negara-negara di Timur Asia dijadualkan antara 21 April dengan 7 Mei.



Mengikut format serupa Piala AFC, pertandingan benua di bawah Liga Juara-Juara, akan dilangsungkan pada 14 Mei bagi zon Selatan, Pusat dan Timur; diikuti perlawanan zon Barat pada 23 Mei.



Perlawanan zon Asean dijadual berlangsung antara 22 Jun dengan 28 Jun.



Final Piala AFC dijadual berlangsung pada 26 November.



Final dua perlawanan bagi Liga Juara-Juara Asia - yang menampilkan 40 pasukan bagi julung-julung kali musim ini - pula dijadual berlangsung pada 21 November dan 27 November.



Undangan untuk membida sebagai penganjur akan diberikan kepada persatuan bola sepak yang menjadi anggota AFC selepas pemilihan pasukan bagi peringkat kumpulan dijalankan malam ini.



Tahun lalu, Liga Juara-Juara digantung pada Mac akibat pandemik koronavirus.



Semua peringkat kalah-mati selepas ia disambung semula akan diadakan di Qatar, termasuk final di yang akan dilangsungkan di Stadium Al Janoub.



AFC juga membatalkan Kejohanan AFC Bawah-16 tahun di Bahrain dan Kejohanan AFC Bawah 19 tahun di Uzbekistan pada tahun lalu bagi mencegah jangkitan Covid-19.



Pertandingan-pertandingan itu telah dianjak ke 2023, dan akan dianjurkan oleh kededua negara tersebut juga.



Uzbekistan dijangka menganjurkan Piala Asia Bawah 20 tahun AFC, sementara Bahrain dijadual menganjurkan kejohanan AFC Bawah 17 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >