Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Barca terus mara di Eropah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Barca terus mara di Eropah

PSG, Man U kembali hidupkan persaingan
Nov 26, 2020 | 05:30 AM

KIEV: Barcelona melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara setelah menyaksikan Martin Braithwaite menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan selesa 4-0 ke atas Dynamo Kiev awal pagi semalam.

Lionel Messi antara pemain yang direhatkan namun dua gol jaringan Braithwaite selain Sergino Dest dan pemain gantian Antoine Griezmann menyaksikan pasukan Catalan itu kini mendahului Juventus dalam saingan Kumpulan G.

Penentuan tempat pertama dan kedua bagaimanapun masih lagi menjadi rebutan dengan Barcelona akan menentang Ferencvaros minggu depan sebelum bertemu perlawanan penentuan di tempat sendiri melayan kunjungan Juve, yang turut melakarkan kemenangan 2-1 di Turin.

"Kami mencapai objektif kami," kata Ronald Koeman.

"Kami kelihatan seperti dahaga untuk mendapat kemenagan dan menjaringkan empat gol. Pemain utama direhatkan dan barisan muda layak untuk diturunkan."

Selepas meraih mata maksimum dari tiga perlawanan utama pertama, Koeman mengambil peluang untuk membuat pertukaran di Kiev dengan Messi dan Frenkie de Jong direhatkan sementara Jordi Alba dan Griezmann berada di bangku simpanan.

Sebagai ganti, Koeman menyenaraikan barisan muda yang menyaksikan penampilan pertama pemain senior Oscar Mingueza di pertahanan tengah dengan Francisco Trincao, Pedri dan Carles Alena turut diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka.

Kemenangan itu meneruskan penampilan mengagumkan Barca di pentas Eropah selepas dilanda masalah persembahan dalam saingan La Liga yang menyaksikan mereka kini berada di kedudukan ke-12 berikutan kekalahan 0-1 kepada Atletico Madrid, Sabtu lalu.

Sementara itu, Paris Saint-Germain akhirnya menemui sentuhan kemenangan selepas Neymar berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menundukkan RB Leipzig 1-0 dan sekali gus menghidupkan peluang mereka dalam saingan Liga Juara-Juara.

Naib juara musim lalu tewas dua dari tiga perlawanan pembukaan Kumpulan H dan akan terkeluar daripada saingan sekiranya tewas sekali lagi kepada pasukan dari Jerman itu dalam aksi di Parc des Princes.

Jaringan Neymar minit ke-11 sudah cukup menghidupkan peluang PSG yang mempunyai masalah kecederaan dan penggantungan selepas Leipzig gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Skuad Thomas Tuchel selepas ini akan berkunjung ke Old Trafford dan perlu mendapatkan kemenangan jika ingin mara ke pusingan seterusnya.

Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa pasukannya telah kembali ke landasan yang betul selepas mereka menebus kekalahan memalukan kepada Istanbul Basaksehir apabila melakarkan kemenangan 4-1 di Old Trafford.

United dikejutkan oleh kelab Turkey itu apabila tewas 1-2 dalam aksi Kumpulan H sebelum ini di Istanbul awal bulan ini.

Namun pasukan itu tidak lagi memberi peluang apabila kali ini membelasah Basaksehir di Old Trafford menerusi dua jaringan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford pada separuh masa pertama.

Pemain Basaksehir, Deniz Turuc merapatkan jurang menerusi sepakan percuma, tetapi Daniel James mengesahkan kemenangan United di minit terakhir permainan. - AFP, Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3