Liga Juara-Juara: Barcelona belasah Gladbach 4-0

BARCELONA: Arda Turan menjaringkan hattrik untuk memimpin Barcelona menundukkan Borussia Moenchengladbach 4-0 dalam perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara pada Selasa (6 Dis).

Namun, Lionel Messi tidak berjaya menyamai rekod 11 gol peringkat kumpulan kejuaraan itu yang dipegang penyerang Real Madrid Cristiano Ronaldo.

Dengan Barca sudah layak ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan dan pasukan kedua yang mengikutinya juga sudah ditentukan, tarikan utama perlawanan di Nou Camp itu ialah kemungkinan Messi menyamai rekod Ronaldo semasa pertandingan 2013-14.

Tetapi, Messi mensia-siakan dua peluang untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat, selepas Turan menjaringkan gol pertama Barca pada minit ke-16, dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan 10 gol dalam Kumpulan C.

Separuh kedua milik Turan, yang bermain menggantikan Neymar, yang digantung.

Penyerang Turkey itu menggandakan kelebihan Barca pada minit ke-50, dan menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke-53.

Turan melengkapkan hattrick pertamanya untuk Barca dengan menjaringkan gol daripada hantaran Paco Alcacer dari jarak dekat pada minit ke-67.

Barca melangkah ke kalah mati dengan 15 mata daripada enam perlawanan, manakala Manchester City menyertainya dengan sembilan mata.

Moenchengladbach layak ke Liga Europa kerana menduduki tempat ketiga, manakala Celtic tersingkir. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:13
Maghrib
6:51
Isyak
8:04
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.