Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Bayern baham Arsenal 5-1

Feb 16, 2017 | 07:39 AM



MUNICH: Masa depan Arsene Wenger semakin diragukan pada Rabu (15 Feb) apabila Thiago Alcantara mendorong Bayern Munich mengalahkan Arsenal 5-1, membuat Gunners menghadapi penyingkiran kali ketujuh berturut-turut pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.



Bayern meneruskan rekod kemenangan di rumah dalam Liga Juara-Juara kepada 16, membolosi gawang Arsenal dengan tiga gol dalam masa 10 minit pada babak kedua.



Ia menyingkir Arsenal pada peringkat sama pada 2005, 2013 dan 2014 dan kini kelihatan akan mengulangi kejayaan itu.



Kekalahan di Allianz Arena itu menimbulkan tekanan ke atas Wenger bagi perlawanan kedua pada 7 Mac, dengan hanya gol di tempat lawan oleh Alexis Sanchez memberi Arsenal harapan tipis.



Tendangan lencong hebat Arjen Robben meletak Bayern di depan pada 11 minit, tetapi Sanchez menyamakan kedudukan dengan menendang masuk bola yang diselamatkan Manuel Neuer daripada sepakan penalti Sanchez pada pada minit ke-30.



Bayern lebih rancak selepas, dengan Robert Lewandowski meletaknya Bayern di depan lagi pada 53 minit, sebelum Thiago menambah dua gol secara berturut-turut.



Thomas Mueller kemudian masuk sebagai pemain gantian untuk melengkapkan kemenangan besar Bayern. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >