Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: City menang, United dan Real seri

Oct 22, 2015 | 09:45 AM



ANTHONY Martial menyelamatkan satu mata bagi Manchester United apabila mereka terkial-kial untuk seri dengan CSKA Moscow dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Khamis (22 Okt).


Seydou Doumbia menjaringkan gol untuk CSKA mendahului apabila beliau bertindak terlebih dahulu selepas David de Gea menyelamatkan sepakan penalti Roman Eremenko, yang diberi kerana bola mengena tangan Martial.


United bermain lebih baik selepas rehat dengan Martial memperbaiki silapnya dengan menanduk masuk bola hantaran Antonio Valencia.


Mereka kini di tempat kedua Kumpulan B, setelah Wolfsburg mengalahkan PSV Eindhoven untuk menduduki tempat teratas.


Sementara itu, Manchester City bangkit setelah ketinggalan untuk mengalahkan Sevila 2-1.


Yevhen Konoplyanka meletak Sevilla di depan tetapi gol jaringan sendiri Adil Rami menyamakan kedudukan.


Kevin de Bruyne kemudian memberi City kemenangan yang meletakkan mereka di tangga kedua Kumpulan D.


Kapten City yang baru pulih daripada kecederaan, Vincent Kompany, diturunkan pengurus Manuel Pellegrini dalam masa tambahan.


Dalam satu lagi perlawanan, Real Madrid dan Paris St Germain seri tanpa jaringan untuk sama-sama menduduki tempat teratas Kumpulan A.


Setiap pasukan itu kini mempunyai tujuh mata, setelah perlawanan yang dikuasai Real.


Keputusan lain: Atlético Madrid 4 Astana 0; Juventus 0 Mönchengladbach 0; Galatasaray 2 Benfica 1; Malmo 1 Shakhtar 0; Wolfsburg 2 PSV Eindhoven 0 - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >