Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Gol Kevin de Bruyne bawa Manchester City ke separuh akhir buat kali pertama

Apr 13, 2016 | 7:34 AM
Kevin De Bruyne (tiga dari kiri) menjaringkan gol untuk Manchester City, yang mengalahkan Paris St Germain 1-0 (agregat 3-2) dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Etihad pada Selasa (12 Apr).
Kevin De Bruyne (tiga dari kiri) menjaringkan gol untuk Manchester City, yang mengalahkan Paris St Germain 1-0 (agregat 3-2) dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Etihad pada Selasa (12 Apr). - REUTERS

LONDON: Manchester City mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas gol lewat Kevin de Bruyne memastikan kemenangan mendebarkan ke atas Paris St-Germain (PSG) pada Selasa (12 Apr).

Selepas seri 2-2 dalam perlawanan pertama di Paris minggu lalu, kedudukan terus terikat apabila Sergio Aguero gagal menjarikan gol untuk City daripada sepakan penalti pada separuh pertama.

Pasukan tuan rumah itu harus berterima kasih kepada penjaga gawang Joe Hart kerana menyelamatkan bola dengan baik tiga kali, terutamanya tendangan kencang daripada sepakan percuma penyerang PSG, Zlatan Ibrahimovic.

City terus bertahan hingga 15 minit sebelum perlawanan berakhir, apabila tendangan De Bruyne menembusi gawang PSG. Ia satu-satunya serangan City yang menemui sasaran.

Wisel penamat mencetus adegan emosi tulen daripada peminat City di Stadium Etihad. Pasukan itu tidak pernah mara ke suku akhir sebelum ini.

Kini mereka boleh bermimpi bermain dalam perlawanan akhir di Milan, Italy. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg