Liga Juara-Juara: Hatrik Ronaldo bawa Real Madrid ke separuh akhir, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Liga Juara-Juara: Hatrik Ronaldo bawa Real Madrid ke separuh akhir

Apr 13, 2016 | 07:11 AM

MADRID: Cristiano Ronaldo merangsang Real Madrid mencipta rekod memasuki separuh akhir Liga Juara-Juara enam kali berturut-turut dengan hatrik, apabila kelab gergasi Sepanyol itu menterbalikkan kekalahan perlawanan pertama 2-0, dengan menewaskan Wolfsburg 3-0 pada Selasa (12 April).

Ronaldo menjaringkan dua gol dalam masa hanya lebih seminit untuk menyamakan kedudukan 17 selepas perlawanan bermula.

Namun, pemenang 10 kali itu terpaksa menunggu sehingga 13 minit sebelum tamat perlawanan untuk mengesahkan kedudukannya dalam separuh akhir apabila sepakan percuma Ronaldo melepasi cengkaman penjaga gol Wolfsburg, Diego Benaglio, untuk masuk ke dalam gawang.

Ia hatrick ke-37 Ronaldo buat Real.

Dengan kemenangan itu, Real menyamakan rekod Barcelona memasuki separuh akhir enam kali berturut-turut dari 2008 hingga 2013. - AFP

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map