Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Liga Juara-Juara: Juventus, PSG, Atletico Madrid dan Benfica semua mara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Juventus, PSG, Atletico Madrid dan Benfica semua mara

Nov 26, 2015 | 07:59 AM

PARIS: Juventus, Paris Saint-Germain, Atletico Madrid dan Benfica menjadi pasukan terbaru layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara pada Rabu (25 Nov).

Naib juara musim lalu, Juventus, menewaskan Manchester City 1-0 di Turin hasil jaringan Mario Mandzukic untuk menyertai kelab Inggeris itu mara daripada Kumpulan D.

PSG membelasah Malmo 5-0, dengan Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol terhadap kelabnya semasa kanak-kanak, sekali gus mengesahkan tempat mereka dalam kalah mati bersama-sama Real Madrid daripada Kumpulan A.

Atletico Madrid layak daripada Kumpulan C selepas menang 2-0 ke atas Galatasaray di tempat sendiri.

Keputusan itu memastikan Benfica, yang seri 2-2 di Astana, juga mara.  - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3