Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Kededua kelab Manchester menang

Oct 01, 2015 | 09:44 AM



PARIS: Kedua-dua kelab Manchester menikmati kemenangan dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Rabu (30 Sep), manakala Cristiano Ronaldo sekali lagi bermain dengan cemerlang bagi Real Madrid.


Walaupun terpaksa bekerja keras, Manchester United dan Manchester City masing-masing berjaya mengalahkan kelab Jerman Wolfsburg dan Borussia Moenchengladbach 2-1.


Daniel Caligiuri menyumbatkan gol bagi Wolfsburg hanya selepas lima minit perlawanan di Old Trafford, tetapi Juan Mata menyamakan kedudukan melalui penalti, sebelum Chris Smalling menjaringkan gol kemenangan United.


City pula harus berterima kasih kepada Sergio Aguero kerana mendapat penalti dan kemudian menjadikannya gol untuk memberi pasukannya kemenangan pada saat akhir di Borussia-Park.


Bagaimanapun, Gladbach yang mendahului melalui gol Lars Stindl, tetapi City menyamakan kedudukan apabila bola tendangan Nicolas Otamendi terkena Andreas Christensen lalu masuk ke dalam gawang.


Bekas bintang United, Ronaldo menjaringkan dua gol, menambahkan jumlahnya kepada 500 sepanjang kerjaya beliau, dalam kemenangan 2-0 Real Madrid ke atas kelas Sweden, Malmo.


Keputusan lain: CSKA Moscow 3 PSV Eindhoven 2; Juventus 2 Sevilla 0; Paris Saint-Germain 3 Shakhtar Donetsk 0; Benfica 2 Atletico Madrid 1; Astana 2 Galatasaray 2 - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >