Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Leicester menang, mara ke kalah mati

Nov 23, 2016 | 07:14 AM



LEICESTER: Leicester City menambah satu lagi kisah kejayaan luar biasanya dengan mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada musim pertama mereka, dengan kemenangan 2-1 ke atas Club Brugge pada Selasa (22 Nov).



Tendangan sangga oleh Shinji Okazaki dan penalti Riyad Mahrez meletak Leicester dua gol di depan pada babak pertama dan mereka berjaya menewaskan kebangkitan semula Brugge, yang merapatkan jurang dengan usaha individu menarik selepas rehat oleh Jose Izquierdo.



Keputusan itu menambah mata juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kepada 13 daripada lima perlawanan, dan bukan menjamin tempat mereka di peringkat kalah mati sahaja, bahkan sebagai juara Kumpulan G, dengan baki satu perlawanan.



Prestasi pasukan Claudio Ranieri, bagaimanapun, bercampur-campur. Permainan mereka bersemangat dan menyeronokkan pada separuh pertama tetapi lebih seperti pasukan yang sedang bergelut di EPL selepas rehat.



Ini juga kali pertama bola membolosi gawang Leicester dalam perlawanan Liga Juara-Juara. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >